Hubungan dengan manusia Chrysemys

Pemuliharaan

Papan tanda British Columbia (untuk perlindungan Kura-kura Berwarna)

Spesies kura-kura ini dikelaskan sebagai kurang membimbangkan oleh IUCN walaupun populasinya semakin menurun.[2]

Pengurangan populasi Kura-kura Berwarna tidaklah teruk seperti Bison Amerika, malah taburannya masih lagi meluas.[71] Oleh itu, IUCN meletakkan haiwan ini sebagai kurang membimbangkan.[3] Kadar pembiakannya kekal tinggi dan haiwan ini juga boleh beradaptasi dengan kawasan air tercemar membolehkan mereka masih terus wujud,[8][134] namun akibat kependudukan selepas era Columbus di utara Amerika sedikit sebanyak menggugat bilangan mereka.[38][135]

Di barat daya berhampiran Pasifik, populasinya semakin berkurangan. Di Washington, Kura-kura Berwarna dikelaskan sebagai S5 (dibuktikan meluas). Bagaimanapun, di Oregon, kura-kura ini dikelaskan sebagai S2 (tahap membimbangkan),[136] dan di British Columbia, populasinya di wilayah sepanjang pantai dan pedalaman British Columbia dilabelkan sebagai "terjejas"[137] dan "diberikan perhatian".[138][nb 7]

Pelbagai faktor menjadi ancaman populasi kura-kura ini.[41][143][38] Antaranya kemusnahan habitat. Contohnya, pengeringan kawasan tasik dan paya di Amerika Syarikat, pembersihan kawasan hutan dan tempat berjemur mereka, menjadi punca kehadiran pelbagai pemangsa[144] atau manusia.[145][146] Proses urbanisasi dan pertanian juga menjadi ancaman terhadap populasi haiwan ini.[147]

Selain itu, banyak kura-kura betina mati akibat dilanggar di jalan raya,[148] yang menyebabkan sesetengah populasi subspesies menjadi terancam.[148] Antara usaha pihak berkuasa tempatan adalah dengan membina terowong di bawah jalan raya,[149] penghadang,[42] dan papan tanda amaran.[150] Pihak berkuasa Oregon ada memberikan pendidikan terhadap kura-kura, seperti kaedah-kaedah membantu kura-kura melintas jalan raya dengan selamat.[151]

Di Barat, kewujudan pelbagai pemangsa yang dibawa manusia seperti, katak dan kura-kura snapper, mengancam anak kura-kura yang masih kecil.[42][152] Malah, kewujudan Kura-kura Telinga Merah yang dilepaskan manusia juga mengganggu populasi Kura-kura Berwarna, kerana mereka terpaksa bersaing untuk kemandirian spesies masing-masing.[153] Di bandar-bandar besar, kehadiran pemangsa (rakun, anjing, dan kucing) juga menggugat populasi haiwan ini .[144]

Selain itu, terdapat juga faktor-faktor lain seperti mereka yang menangkap haiwan ini dari persekitaran liar,[154] melepaskan haiwan yang membawa penyakit[155] atau mengurangkan kebolehubahan genetik,[153] pencemaran,[156] kebanjiran bot, penggunaan mata kail angler, kemalangan akibat mesin rumput atau disebabkan kenderaan ATV (all-terrain vehicle).[157][158][159] Gervais rakan-rakan menyatakan penyelidikan itu sendiri memberi impak kepada penduduk dan kerja-kerja penangkapan kura-kura yang dibiayai tidak diterbitkan. Mereka juga mengatakan terdapat diskriminasi terhadap apa yang dilakukan oleh pengkaji, yang menjadikan beberapa kura-kura termasuk dalam perangkap saintis.[160] Pemanasan global juga dikatakan salah satu ancaman pada masa hadapan.[135][161]

Di Nova Scotia, Kura-kura Berwarna Timur tidak disenaraikan di bawah Akta Spesies Berisiko untuk tujuan pemuliharaan.[162]

Video Pemuliharaan Oregon: Jika video bermasalah untuk dimainkan, cuba klik pautan luar yang diberi pada ruangan rujukan.[163][164]

Haiwan peliharaan

"... kami tidak menggalakkan orang ramai mengumpul kura-kura ini. Kura-kura yang ditangkap dan disimpan sebagai haiwan peliharaan biasanya akan sakit dan mati ... Cara terbaik adalah dengan memerhatikan sahaja mereka dari persekitaran liarnya ... tangkap gambarnya sahaja dan bukan kura-kuranya!"

Suruhanjaya Perikanan dan Bot Pennsylvania[87]

Menurut data dagangan, Kura-kura Berwarna adalah haiwan kedua popular yang dijadikan peliharaan selepas Kura-kura Telinga Merah pada awal 1990an.[165] Pada tahun 2010, kebanyakan negeri di Amerika Syarikat membenarkan, walaupun tidak digalakkan, memiliki Kura-kura Berwarna sebagai peliharaan. Namun di Oregon, aktiviti ini dilarang sama sekali,[166] manakala di Indiana mereka menyekat penjualannya.[155] Undang-undang Persekutuan Amerika Syarikat melarang penjualan atau pemindahan mana-mana kura-kura yang kurang daripada 10 cm (4 in), bagi mencegah penularan wabak yang diakibatkan oleh salmonella.[167] Walau bagaimanapun, terdapat juga individu yang menjual haiwan ini melalui perdagangan haram bagi tujuan kajian.[152][168]

Kura-kura Berwarna memerlukan penjagaan yang sama seperti Kura-kura Telinga Merah. Mereka memerlukan ruang dan tempat berjemur yang sesuai, airnya perlu ditapis dan digantikan selalu. Menurut Petco, haiwan ini tidak digalakkan untuk selalu dipegang terutamanya oleh anak-anak kecil. Penggemar haiwan ini mampu menyimpannya bertahun-tahun lamanya.[169][170][171]

Kura-kura ini jarang dijadikan sebagai hidangan,[38][172][173] contohnya Kura-kura Berwarna Barat.[174] Ada syarikat-syarikat biologikal yang menjual spesimen haiwan ini ke sekolah-sekolah tempatan untuk dijadikan sebagai kajian pembedahan bagi eksperimen sains sekolah;[175] yang selalunya adalah spesimen yang dibela dari kecil.[176] Di Midwest, perlumbaan kura-kura menjadi acara popular apabila tiba perayaan musim panas.[175][177][178]

Haiwan buruan

Aktiviti memburu dan menangkap Kura-kura Berwarna dari persekitaran liar adalah dilarang, dan masih menjadi kontroversi[179][180] Pada tahun 1997, Wisconsin melarang sebarang aktiviti menangkap dan mengumpul haiwan ini berdasarkan pemerhatian kualitatif yang dijalankan.[181] Di Minnesota, data kajian[175] menunjukkan 300,000 ekor Kura-kura Berwarna telah ditangkap pada tahun 1990an,[148]. Saintis mendapati tangkapan tidak terkawal yang dilakukan oleh penjerat menyebabkan gangguan pada populasi haiwan ini.[154] Oleh itu, Minnesota melarang orang ramai menangkapnya pada tahun 2002 dan mengehadkan bilangan jerat yang dipasang. Walau bagaimanapun, aktiviti ini masih dilakukan,[154] dan bilangan individu yang melakukannya terus bertambah berbanding tahun 1990an.[182] Pada tahun 2009, banyak aktiviti perburuan dilakukan di Arkansas, Iowa, Missouri, Ohio, dan Oklahoma;[183] sejak itu, Missouri melarang terus haiwan ini dari diburu.[184]

Perangkap jemur di Minnesota

Individu yang menjerat kura-kura, biasanya melakukan aktiviti ini untuk memperoleh pendapatan.[154][179] Mereka menjual beratus-ratus ekor pada harga $1–2 seekor,[175] dan menganggap ia sebagai perniagaan keluarga.[181] Sesetengah individu yang melakukan aktiviti tangkapan ini menyatakan populasi haiwan tersebut masih lagi tidak membimbangkan.[181]

Jabatan Perikanan dan Pemburuan di setiap negeri di Amerika Syarikat membenarkan orang ramai menangkap haiwan ini untuk tujuan bukan komersial berdasarkan saiz bakul Creel dan memerlukan permit yang sah;[nb 8] Negeri-negeri lain melarang aktiviti tangkapan haiwan ini walaupun bertujuan untuk rekreasi. Perangkap tidak dibenarkan di Oregon, kerana bilangan Kura-kura Berwarna yang semakin berkurangan,[189] terutamanya kedua-dua subspesies; Kura-kura Berwarna Selatan dan Kura-kura Berwarna Barat.[184] Di Kanada, pihak berkuasa Ontario melindungi kedua-dua subspesies ini, iaitu Kura-kura Berwarna Pertengahan dan Kura-kura Berwarna Barat,[190] dan British Columbia melindungi bilangan populasi Kura-kura Berwarna Baratnya yang semakin berkurangan.[54]

Kaedah tangkapan juga ditentukan oleh pihak berkuasa tempatan. Biasanya penjerat menggunakan "perangkap jemur" dan "perangkap gelang".[191] Berdasarkan pendapat,[191] rekod komersial,[182] dan kajian saintifik[191][192][193] menunjukkan bahawa "perangkap jemur" lebih berkesan digunakan untuk menangkap haiwan ini, manakala "perangkap gelang" digunakan untuk menangkap kura-kura pedaging seperti snapper dan Labi-labi. Kaedah menggunakan jaring, tangkapan tangan, dan pancing adalah dibenarkan, namun mereka dilarang untuk menembak, menggunakan bahan kimia dan letupan terhadap haiwan ini.[nb 9]

Budaya

"Kura-kura Berwarna haiwan yang mampu bertahan dalam musim sejuk seperti warga Vermont, dan warna-warni cangkerangnya melambangkan kecantikan negeri kita pada musim luruh... Perhimpunan Agung mengesahkan Kura-kura Berwarna sebagai reptilia rasmi negeri... "

Vermont J.R.S. 57[194]

Puak Asli Amerika mengaitkan Kura-kura Berwarna dalam hidup harian mereka—anak-anak mudanya dilatih menjadikan perlakuan haiwan ini yang masuk ke dalam air sebagai satu bentuk langkah supaya sentiasa berjaga-jaga—dan mempunyai lagendanya tersendiri.[195] Puak asli Potawatomi mempunyai mitos tentang kura-kura bercakap, merangkumi "Kura-kura Berwarna" serta sekutunya "Kura-kura Snapper" dan "Kura-kura Katup", yang memperdayakan wanita kampung. Kura-kura Berwarna ialah lagenda utama yang menggunakan caranya tersendiri dengan memperdaya wanita supaya memegangnya, dan kemudian mereka akan menggigit tangan wanita itu.[196] Manakala Puak Illiniwek mempunyai mitos tentang bagaimana Kura-kura Berwarna memperdaya anak perempuan ketua kampung untuk masuk ke dalam air.[197]

Pada tahun 2010, empat negeri di Amerika Syarikat menyenaraikan kura-kura sebagai haiwan rasmi dalam negeri. Vermont mengiktiraf haiwan ini pada tahun 1994, atas cadangan pelajar Sekolah Rendah Cornwall.[194] dan diikuti oleh Michigan pada tahun 1995, berdasarkan saranan dari Majlis Bandaran Niles, Michigan.[198] Pada tahun 2004, Penduduk Illinois , memilih Kura-kura Berwarna sebagai ikon haiwan negeri dan disenaraikan dalam perundangan rasmi negeri pada 2005.[199] Colorado pula memilih Kura-kura Berwarna pada tahun 2008, disebabkan usaha-usaha oleh Jay Biachi.[200] Di New York, populasi Kura-kura Berwarna berkurangan (5,048 kepada 5,005, berbanding Kura-kura Snapper).[201]

Kura-kura Tommy

Di sempadan Boissevain, Manitoba, terdapat sebuah patung kura-kura Berwarna gergasi seberat 4500kg, dikenali sebagai "Kura-kura Tommy" yang menjadi salah satu tarikan di bandarnya. Patung ini dibina pada tahun 1974 bagi meraikan festival Kura-kura Kanada Derby, yang mempunyai acara perlumbaan kura-kura dan pernah berlangsung pada tahun 1972 hingga 2001.[202]

Salah seorang peminat Kura-kura Berwarna, Jon Montgomery, yang memenangi pingat emas Sukan Olimpik pada 2010 melalui acara Sukan Skeleton, mengenakan helmet bercorak Kura-kura Berwarna ketika menggeluncur menuruni bukit. Montgomery yang juga memiliki tatu berbentuk daun pokok mapel,[203] menjelaskan mengenai corak kura-kura tersebut, sebagai salah satu usahanya menghargai dan membiayai kerja-kerja penyelidikan konservasi di British Columbia.[204]

Sesetengah entiti-entiti dan badan-badan swasta menggunakan Kura-kura Berwarna sebagai simbol dan ikon mereka. Sebuah akhbar universiti, (Wayne State University Press) mengendalikan percetakan "atas nama reptilia negeri Michigan" yang "menerbitkan buku-buku topik wilayah berkenaan sejarah dan budaya".[205] Di California, terdapat sebuah kem musim panas yang ditubuhkan oleh Paul Newman bagi anak-anak berpenyakit dan kem tersebut digelar sebagai Kem Kura-kura Berwarna. Sebuah perusahaan wain di British Columbia (Painted Turtle Winery of British Columbia) menggunakan ikon Kura-kura Berwarna sebagai tanda niaga dengan label "laid back and casual lifestyle" dan "job description to bask in the sun".[206] Malah sebuah syarikat Internet di Michigan,[207] sebuah rumah tumpangan di British Columbia,[208] dan sebuah café di Maine menggunakan ikon Kura-kura Berwarna sebagai lambang perniagaan mereka.[209]

Sekurang-kurangnya tujuh buah buku kanak-kanak berkaitan Kura-kura Berwarna telah diterbitkan di antara tahun 2000 dan 2010.[nb 10]

Rujukan

WikiPedia: Chrysemys http://blog.conservancy.bc.ca/2010/08/protecting-t... http://www.env.gov.bc.ca/okanagan/esd/atlas/specie... http://www.hat.bc.ca/stewardship-projects/stewards... http://www.cbc.ca/news/canada/saskatchewan/record-... http://cfs.nrcan.gc.ca/subsite/glfc-amphibians/chr... http://dsp-psd.pwgsc.gc.ca/Collection/CW69-14-505-... http://www.sararegistry.gc.ca/species/speciesDetai... http://www.sararegistry.gc.ca/species/speciesDetai... http://www.boissevainrecorder.mb.ca/placed%20news/... http://museum.gov.ns.ca/amphibians/en/turtles/pain...